Tindakan sesetengah penyokong figura politik yang jelas telah didapati bersalah oleh mahkamah mencetuskan persoalan sepanjang pemerhatian Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff ke atas landskap politik Malaysia. <br /><br />Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu akui beliau pelik serta keliru dengan tindakan sesetengah penyokong figura politik di negara ini.